70 peratus lepasan matrikulasi di UKM - Utusan Malaysia

70 peratus lepasan matrikulasi di UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Hampir 70 peratus pelajar bumiputera yang mengambil kursus pengajian dalam bidang sains dan teknologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah daripada program matrikulasi.

Pusat Komunikasi Korporat UKM dalam kenyataan berkata, pelajar matrikulasi turut memonopoli kursus-kursus pengajian kritikal di universiti tersebut seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan.

Katanya, sebahagian besar calon bumiputera yang memohon memasuki UKM menggunakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada aliran sastera, walaupun di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka merupakan pelajar aliran sains.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan kerajaan mengekalkan kuota dan meningkatkan jumlah pengambilan pelajar selaras dengan matlamat asal Program Matrikulasi iaitu menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi.

“Sebelum Program Matrikulasi diperkenalkan berlakunya keadaan tidak seimbang antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor pekerjaan kritikal seperti perubatan, perakaunan, farmasi dan lain-lain,” menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini beberapa pemimpin DAP, Gerakan dan MCA mengecam Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan menuntut permohonan maaf serta peletakan jawatan daripadanya kerana mendakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman apabila mengaitkan isu kuota matrikulasi dengan kehendak majikan yang mengutamakan calon fasih bahasa Mandarin.

Maszlee dikatakan mengeluarkan kenyataan itu di hadapan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, dan menyatakan kuota matrikulasi dan syarat fasih mandarin untuk mendapatkan pekerjaan tidak boleh dilihat secara terpisah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini