JOHANNESBURG 22 Mei – Afrika Selatan memanggil dua pertahanan yang sebelum ini pernah beraksi bersama Croatia dan Switzerland mengikut peringkat umur bagi melengkapkan senarai 30 pemain untuk menyertai Piala Negara-Negara Afrika di Mesir.
Pertahanan tengah, Nikola Tavares, 22, beraksi bersama Crystal Palace dilahirkan di Cape Town oleh pasangan dari Croatia.
Pertahanan kanan, Joel Untersee, 25, dipinjamkan kepada Zurich FC dari Empoli meninggalkan Johnanesburg ketika masih kecil bersama kedua-dua ibu bapanya yang berasal dari Switzerland.
Kedua-dua pemain itu sah boleh bermain untuk Afrika Selatan sebab mereka masih belum mewakili negara angkat dalam kejohanan kompetitif di peringkat senior.
Jurulatih, Stuar Baxter berkata kedua-dua pertahanan itu akan diuji terlebih dahulu sebelum disenaraikan dalam 23 pemain akhir selepas mereka memiliki pasport Afrika Selatan.
Afrika Selatan di letakkan dalam Kumpulan D akan memulakan kejohanan tersebut pada 21 Jun ini bersama bekas juara, Ivory Coast, Maghribi dan Namibia.
Skuad Bafana Bafana akan menentang Ivory Coast pada 24 Jun sebelum bertemu Namibia empat hari kemudian dan Maghribi pada 1 Julai. – AFP











