Kehilangan besar negara - Azzuddin - Utusan Malaysia

Kehilangan besar negara – Azzuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad menyifatkan kemangkatan Sultan Ahmad Shah sebagai kehilangan besar dalam bola sepak negara.

Sultan Ahmad Shah mangkat pada pukul 8.50 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Mendengar berita kemangkatan baginda, Azzuddin tidak dapat menyembunyikan rasa sedih memandangkan beliau mempunyai hubungan yang rapat bersama Sultan Ahmad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berasa amat sedih di atas kemangkatan baginda, di atas jasa baginda terhadap bola sepak Malaysia. Sepanjang berada di bawah bimbingan tuanku, baginda merupakan seorang yang tegas dan berhati mulia.

“Baginda juga amat menitikberatkan kebajikan serta kemajuan dalam bola sepak negara,” kata Azzuddin.

Azzuddin berkhidmat sebagai Setiausaha Agung FAM dari 2007 hingga 2013 dan kemudiannya menggalas jawatan baharu sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean berkuatkuasa 1 Jun 2013 hingga 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini