JAIM cekup 45 individu tidak berpuasa  - Utusan Malaysia

JAIM cekup 45 individu tidak berpuasa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengeluarkan saman hadir kepada 45 individu yang dicekup sedang makan, minum dan merokok di siang hari di tempat awam sejak awal Ramadan lalu. 

Ketua Pegawai Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, daripada jumlah itu, seramai 21 individu dicekup di Melaka Tengah diikuti Alor Gajah (tujuh) dan Jasin (17).

Katanya, saman itu melibatkan pemeriksaan di 300 buah lokasi sepanjang awal Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang Op Ramadan ini, JAIM telah memberikan saman hadir kepada 45 individu yang mencemarkan keberkatan Ramadan dengan makan dan minum di tempat terbuka.

“Golongan ini diminta hadir ke pejabat JAIM untuk memberikan keterangan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah negeri Melaka 1991,” katanya ketika ditemui pada majlis Khatam Quran Perdana Sekolah Rendah Agama JAIM di Masjid Cina di sini hari ini.

Katanya, pihak JAIM akan terus membuat penguatkuasaan dan meminta umat Islam supaya menghormati Ramadan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini