Tiga ditahan, dadah lebih RM80,000 dirampas - Utusan Malaysia

Tiga ditahan, dadah lebih RM80,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 22 Mei – Tiga pengedar dadah termasuk dua wanita warga Vietnam ditahan dalam satu serbuan di sebuah penginapan mewah di Tanjung Lobang di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, turut dirampas iaitu pelbagai jenis dadah antaranya pil serta serbuk ekstasi, Erimin 5 dan ketamin bernilai RM82,201.10.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, kesemua suspek yang merupakan penganggur itu terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dan dua wanita warga Vietnam berumur 20-an.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut disita ialah barangan kemas seperti rantai, cincin dan 28 keping bentuk kunci disaluti emas bernilai RM30,752.36.

“Hasil siasatan mendapati, aktiviti pengedaran dadah ini bermula pada awal tahun 2018 untuk pasaran sekitar pusat-pusat hiburan bandar raya Miri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sahar, hasil ujian air kencing mendapati hanya suspek lelaki positif dadah.

“Siasatan lanjut masih berjalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini