Raja dan rakyat berpisah tiada, rakyat Pahang terasa kehilangan - Utusan Malaysia

Raja dan rakyat berpisah tiada, rakyat Pahang terasa kehilangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 22 Mei – Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah amat dirasai oleh rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, Almarhum sememangnya terkenal sebagai raja yang sangat pemurah, sentiasa memgambil berat tentang kebajikan rakyat.

Katanya, Almarhum Tuanku yang memperkenalkan istilah “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” adalah seorang raja yang benar-benar menghayati istilah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pernah terjadi kebakaran di Sekolah Menengah Datuk Bahaman, Almarhum bergegas berangkat dan menenangkan pelajar-pelajar yang terlibat dan berada di situ sepanjang tiga hingga empat jam. Begitu juga bila berlaku banjir dan lain-lain.

“Rakyat Pahang akan sangat terasa kehilangan Almarhum dan semoga roh baginda dicucuri rahmat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini