Karnival Jualan Koperasi Aidilfitri sasar 10,000 pengunjung - Utusan Malaysia

Karnival Jualan Koperasi Aidilfitri sasar 10,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Mei – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menganjurkan Karnival Jualan Koperasi Aidilfitri 2019 selama tiga hari bermula Jumaat ini bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, karnival itu menawarkan pelbagai barangan keperluan pengguna dengan harga yang menarik sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Terdapat sebanyak 42 ruang pameran koperasi yang menjual pelbagai barangan keperluan hari raya seperti baju raya, kuih raya dan sebagainya. Karnival ini bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 10 malam. Suruhanjaya Koperasi menyasarkan seramai 10,000 orang akan mengunjungi karnival,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Nordin, sempena karnival itu juga, jualan harga patut koperasi ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran.

Beliau berkata, sebanyak 20 jenis produk akan dijual dengan harga rendah menanti pengunjung dan mereka boleh membeli tanpa had.

“Program ini diadakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar untuk mendapatkan barangan keperluan hari raya. Pelbagai aktiviti seperti demontrasi masakan, ceramah agama, agihan bubur lambuk dan persembahan busker’s turut diadakan bagi memeriahkan karnival ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini