LONDON 21 Mei – Naib Presiden Juventus, Pavel Nedved berkata, juara Itali itu masih belum membuat keputusan untuk mencari pengganti jurulatih Massimiliano Allegri.
Allegri akan meninggalkan Juve pada Ahad ini selepas tamat perlawanan Serie terakhir menentang Sampdoria, dengan Maurizio Sarri dari Chelsea serta bos Lazio Simone Inzaghi dikaitkan untuk menggantikannya.
Selain itu, bekas jurulatih Juventus, Antonio Conte, pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino dan pengendali skuad kebangsaan Perancis Didier Deschamps turut dikaitkan untuk mengisi kekosongan tersebut.
Nedved bagaimanapun memberitahu kepada Sky Sport Italia bahawa mereka masih belum membuat penilaian.
“Kami tidak terdesak, kami masih mempunyai masa. Keputusan sukar untuk dibuat, kami tahu dalam era bola sepak kini, ia sukar untuk diulangi, jadi ia akan menjadi lebih sukar,” katanya.- AGENSI











