Penuntut UUM maut kemalangan dengan lori tanah - Utusan Malaysia

Penuntut UUM maut kemalangan dengan lori tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA 20 Mei – Seorang penuntut tahun dua Universiti Utara Malaysia (UUM) maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tanah di Jalan Bukit Kachi, Changlun dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa, Insyirah Az-Zahra Mohd. Jasni, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

INSYIRAH AZ-ZAHRA MOHD. JASNI
INSYIRAH AZ-ZAHRA MOHD. JASNI 

Insyirah merupakan penuntut jurusan Sarjana Muda Sains Statistik Industri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penguasa Bomba Tuan Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.58 petang dan tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang mangsa perempuan yang telah meninggal dunia dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kenari.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke asramanya di kampus UUM di Sintok dekat sini dari rumahnya di Sungai Petani,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini