Chia-Wooi Yik, Soniaa terima pujian - Utusan Malaysia

Chia-Wooi Yik, Soniaa terima pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan wanita Soniia Cheah tetap mencuri tumpuan sekalipun skuad negara tewas 0-5 kepada China dalam aksi pembukaan Piala Sudirman 2019 malam tadi.

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata ketiga-tiga pemain tersebut membuatkan pihak lawan berpeluh sebelum menang, selain sikap mereka yang tidak mudah mengaku kalah.

“Aaron, Wooi Yik dan Soniia beraksi dengan baik ketika menentang lawan. Beregu lelaki kita berpeluang untuk meraih kemenangan, namun pengalaman mengatasi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap ketiga-tiga pemain ini memperoleh pengalaman berharga untuk mengharungi perlawanan akan datang,” katanya diepetik menerusi Instagram BAM, hari ini.

Aaron-Wooi Yik nyaris mencuri mata untuk skuad negara ketika berdepan juara dunia Li Junhui-Liu Yuchen, namun pengalaman mengatasi mereka menyaksikan beregu negara tewas 21-18, 14-21, 22-24 dalam aksi dramatik itu.

Aksi Soniia juga wajar dipuji apabila tidak mudah memberikan kemenangan kepada Chen Yufei apabila mengheret pemain No. 3 dunia itu ke set penentuan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini