Pusat Penetasan Penyu Geliga diceroboh - Utusan Malaysia

Pusat Penetasan Penyu Geliga diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Pantai Geliga di sini yang menjadi antara pusat pendaratan utama penyu untuk bertelur di negeri ini didakwa telah diceroboh oleh pihak tertentu bagi projek penternakan ayam dan lembu sejak setahun lalu.

Pembinaan reban ayam dan kandang lembu berskala besar yang dipercayai dilakukan secara haram kira-kira 100 meter dari Pusat Penetasan Penyu Geliga itu dikhuatiri akan mengganggu proses pendaratan penyu untuk bertelur di kawasan tersebut.

Seorang penduduk, Zakaria Yusuf, 64, mendakwa reban ayam tersebut terlalu dekat dengan kawasan pantai  sekali gus boleh mengganggu pendaratan penyu di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawasan reban itu juga sentiasa diterangi dengan lampu pada waktu malam yang boleh menyebabkan gangguan kepada penyu yang mahu mendarat untuk bertelur.

“Ia amat tidak bertanggungjawab kerana tidak peka terhadap usaha untuk memelihara spesies haiwan terancam berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zakaria merayu tindakan tegas pihak terlibat dengan segera bagi menangani masalah terbabit. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini