Koepka rangkul gelaran PGA di Bethpage - Utusan Malaysia

Koepka rangkul gelaran PGA di Bethpage

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BETHPAGE, Amerika Syarikat 20 Mei- Brooks Koepka mengatasi cabaran lewat Dustin Johnson untuk merangkul Kejuaraan PGA kedua berturut-turut awal pagi tadi sekali gus melengkapkan kemenangan selepas mendahului sejak hari pertama bagi kejuaraan utama keempatnya.

Rekod pendahuluan tujuh pukulan buat Koepka dikurangkan kepada satu pukulan, namun dia bertahan sekalipun melakukan empat bogey berturut-turut pada sembilan lubang kedua dan satu lagi di lubang ke-17 bagi kemenangan tipis yang tidak disangka-sangka.

Koepka mencatat empat atas par 74 pada pusingan akhir di Bethpage Black yang berangin untuk menamatkan 72 lubang dengan lapan bawah par 272 dan menewaskan Johnson dengan dua pukulan, malah merampas kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia milik lawannya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berasa lega kami tidak bermain beberapa lubang lagi. Ia satu pusingan golf yang terlalu mencabar. Saya bangga trofi ini berada dalam genggaman sekali lagi,” katanya.

Bogey Johnson pada lubang ke-16 dan 17 menjadi pemisah namun Koepka bangkit melakukan bogey pada lubang ke-17 par-tiga, kemudian mengelak bunker dari kotak tee ke-18 dengan menemui fairway dan green kemudian menolak masuk putt dari jarak enam kaki bagi memastikan kemenangan.

Koepka, yang memburu kejuaraan Terbuka AS ketiga berturut-turut di Pebble Beach bulan depan, muncul pemain lelaki pertama menang kejuaraan utama berturut-turut dengan menjulang Trofi Wanamaker dan hadiah wang tunai 1.98 juta dolar (RM8.3 juta).

“Ini amat menakjubkan. Saya tidak tahu sama ada saya pernah mengimpikan saat ini. Ia mengagumkan,” katanya lagi.

Koepka menganggap ia kejayaan paling memuaskan berbanding tiga kejuaraan utama dimenanginya sebelum ini.

Pemain Amerika Syarikat berusia 29 tahun itu muncul pemenang kelima PGA menang selepas mendahului sejak hari pertama selepas Hal Sutton pada 1983, Ray Floyd pada 1982, Jack Nicklaus pada 1971 dan Bobby Nichols pada 1964.

Koepka menyertai Tiger Woods sebagai juara berturut-turut PGA, ketika Woods melakukannya pada 2006-07 dan 1999-2000. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini