Penganggur terlibat kes samun 7-Eleven dicekup - Utusan Malaysia

Penganggur terlibat kes samun 7-Eleven dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG – Kegiatan jahat seorang penganggur menyamun kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven di sekitar Kulim dekat sini mengundang padah apabila dia dicekup polis pada Khamis lalu.

Suspek berusia 29 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim yang membuat rondaan di kawasan kedai serbaneka tersebut kira-kira pukul 1 petang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, suspek yang berasal dari Kuantan, Pahang itu disyaki terlibat dalam tiga kes samun premis berkenaan di Kulim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Modus operandi suspek adalah masuk ke kedai serbaneka itu dengan memakai topi keledar berpenutup dan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum mengacukan pisau ke arah pekerja.

“Suspek kemudian mengugut pekerja supaya menyerahkan wang tunai sebelum dia melarikan diri dan biasanya kejadian samun berlaku pada waktu petang,” katanya pada sidang akhbar di IPD Pendang di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan mendapati suspek merupakan penagih tegar dadah jenis syabu serta mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, memindah barang curi dan samun yang berlaku di Pahang.

“Suspek kemudian meneruskan kegiatan jenayahnya itu di Kulim selepas berkahwin dengan penduduk di situ kira-kira empat bulan lalu untuk menyara kehidupannya termasuk isteri yang baru tiga bulan mengandung,” 
ujarnya.

Menurutnya, lelaki itu masih dalam tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Zainuddin berkata, pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan curi motosikal dalam daerah Pendang dan kawasan berhampiran apabila seorang suspek dikenali sebagai Pit Sym berusia lingkungan 20-an ditahan pada 13 Mei lalu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini