DUSHANBE, Tajikistan 20 Mei – Seramai 32 orang maut termasuk 24 anggota kumpulan Daesh dan tiga pengawai dalam rusuhan di penjara, di sini hari ini.
Kementerian Kehakiman dalam kenyataan berkata, lima banduan dan tiga pengawal dibunuh tahanan Daesh ketika rusuhan yang tercetus sejak semalam.
“Operasi digerakkan dengan 24 anggota kumpulan itu terbunuh dan 25 lagi ditangkap.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kesemua tebusan dibebaskan dan penjara kembali tenang,” jelas kenyataan itu.
Difahamkan, banduan telah menikam tiga pengawal dahulu dan kemudian lima tahanan lain bagi ‘menakutkan’.
Selepas itu, mereka mengambil tebusan ke atas banduan lain sebelum membakar kemudahan perubatan penjara. – AFP











