Pusat refleksiologi tawar khidmat urutan mak nyah diserbu - Utusan Malaysia

Pusat refleksiologi tawar khidmat urutan mak nyah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Tindakan dua buah pusat refleksiologi di sekitar daerah ini mengaji pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk mak nyah mengundang padah selepas diserbu semalam.

Serbuan pada pukul 4.15 petang menahan 12 PATI berusia 20 hingga 30an oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. 

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, siasatan mendapati premis itu telah beroperasi sejak setahun lalu dengan menawarkan perkhidmatan urutan berharga antara RM80 hingga RM150. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, turut dirampas adalah tuala, minyak urut, jadual kerja serta tisu.

“Dalam serbuan itu, didapati seorang daripada tukang urut adalah mak nyah. 

“Kesemua yang ditahan masing-masing 11 warga Thailand termasuk pondan dan seorang lagi merupakan warga China,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau menambah, pihaknya tidak menolak kemungkinan premis tersebut menawarkan urutan batin namun masih dalam siasatan pihaknya. 

Jelas Azmi, kesemua yang ditahan  dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39B Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan seramai empat warga tempatan termasuk dua wanita ditahan dalam Ops Dadu Loteri Awam bermula pukul 1.45 petang di daerah ini. 

“Hasil serbuan di empat premis itu merampas wang tunai RM984 dan beberapa barangan lain. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini