Berhenti pemandu lori jadi penyeludup rokok - Utusan Malaysia

Berhenti pemandu lori jadi penyeludup rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tindakan seorang lelaki menukar kerjaya dari pemandu lori kepada penyeludup rokok sejak setahun lalu mengundang padah apabila dicekup di kediamannya di Batu Belah, di sini semalam.

Suspek berusia 46 tahun diberkas pukul 3 petang oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang. 

Komander PPM Wilayah Satu Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata,pihaknya terlebih dahulu mengesan dan mengekori kereta jenis Nissan Ceffiro dipandu suspek disyaki membawa rokok seludup di pekan Kapar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suspek kemudiannya berhenti di depan kediamannya sebelum berjaya ditahan pihak kami. 

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui 486 kartun rokok pelbagai jenama tidak bercukai.

“Siasatan lanjut terhadap suspek membongkar sebuah premis di sewa khas sebagai stor penyimpanan rokok di Batu Nilam, Kapar di sini kira-kira pukul 4 petang hari sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jarak antara kediaman suspek dan stor rokoknya difahamkan kira-kira 9 kilometer.

Rosman menegaskan hasil pemeriksaan di stor tersebut menemui 2,150 karton rokok antaranya Lufman, Canyon, Saat dan U2 Silver. 

Jelas beliau, suspek juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan cukai ke atas rokok tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk nilai cukai dan kenderaan dianggarkan bernilai lebih RM413,986. 

“Suspek dikatakan sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori sebelum menjadi penyeludup rokok yang memberikan pulangan lumayan kepadanya,”ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini