KUALA LUMPUR 20 Mei – Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan mengedarkan air minuman kotak percuma di Plaza Tol Kajang Selatan dekat sini, pada pukul 4 petang, esok.
Lekas dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan mengedarkan air minuman jenama Pokka Melon Milk dan Mango Milk kepada pengguna yang melalui tol berkenaan.
Pada 3 Mei lalu, Lekas juga telah mengedarkan air minuman yang sama kepada pengguna Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sebagai tanda penghargaan kerana telah menggunakan lebuh raya itu. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











