Prudential BSN Takaful rai anak yatim - Utusan Malaysia

Prudential BSN Takaful rai anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 20 Mei – Sebanyak 70 anak yatim dari Rumah Kebajikan Payasum di Sungai Udang di sini diraikan dalam majlis berbuka puasa, malam tadi.

Program tersebut dianjurkan oleh Prudential BSN Takaful seluruh negeri ini yang merupakan salah satu acara tahunan mereka.

Menurut Ketua Prudential BSN Takaful Melaka, Norbaizura Burhanuddin, program itu diadakan dengan penglibatan 150 orang ejen dari seluruh negeri ini bagi menyemarakkan kedatangan Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap ejen akan membuat sumbangan ikhlas mereka bagi menjayakan program ini dan kami memilih rumah kebajikan yang berbeza setiap tahun.

“Tujuannya selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama ejen, mereka juga dapat melaksanakan usaha murni meraikan golongan yang kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui pada program itu di sini malam tadi.

SEBAHAGIAN daripada ejen dan pengurusan Prudential BSN Takaful bergambar bersama 
penghuni anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Payasum pada majlis berbuka puasa di Sungai Udang, Melaka malam tadi.  – UTUSAN ONLINE

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Pemasaran Prudential BSN Takaful, Wan Saifulrizal Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim berkenaan.

Yang turut hadir, Ketua Pengedaran Prudential BSN Takaful, Nor’aini Mohd. Yusof dan Ketua Agensi Prudential BSN Takaful, Nazrul Namizan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini