ROME 20 Mei- Rafael Nadal muncul juara Terbuka Itali buat kali kesembilan selepas menundukkan seteru utamanya, Novak Djokovic 6-0, 4-6, 6-1, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Nadal menambah gelaran Masters ke-34 buat dirinya, selepas kekalahan tersebut, Djokovic melabel pemain Sepanyol itu sebagai pilihan nombor satu Roland Garros.
Pemain nombor satu dunia Djokovic gagal mempamerkan persembahan terbaik, sebaliknya banyak melakukan kesilapan dalam pertembungan ke-54 antaranya dengan pemain ranking kedua Nadal.
“Akhirnya saya menang satu kejuaraan. Saya gembira untuk mencapai tahap itu pada kejohanan terakhir sebelum acara Grand Slam,” kata Nadal yang merangkul kejuaraan ke-81 dalam kariernya.
Sementara itu, Djokovic yang menewaskan Nadal pada final Terbuka Australia tahun ini bagi kemenangan Grand Slam ketiga berturut-turut selepas Wimbledon dan Terbuka AS tetap gembira kerana mampu memberi saingan.
“Saya bangga mampu mengheret perlawanan ke set ketiga, memandangkan set pertama yang mana saya gagal melawan.
“Nadal, pilihan nombor satu, tidak diragui lagi berbanding pemain lain,” ujar Djokovic mengenai ramalannya bagi Roland Garros. – AFP











