Lima lelaki terlibat kes bunuh direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Lima lelaki terlibat kes bunuh direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 20 Mei – Polis mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang lelaki akibat pergaduhan di hadapan sebuah kelab malam di Bandar Baru Medan Ipoh di sini semalam.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan itu dikeluarkan oleh Majistret Umzarul An-Nur Umar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Reman terhadap kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan bagi kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kesemua suspek yang ditahan di hadapan kelab malam berkenaan semalam, dibawa ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi sebelum keluar 45 minit kemudian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi semalam, S. Karunakaran, 35, maut akibat kecederaan parah selepas ditetak dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di hadapan kelab malam berkenaan.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu itu meninggal dunia ketika dibawa masuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini