Sultan Johor bayar zakat RM5 juta - Utusan Malaysia

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta pada tahun ini dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot yang turut disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. 

Pada majlis itu juga, baginda turut berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 1024.487 meter persegi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tanah tersebut adalah untuk tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini