De Bruyne buktikan bebas kecederaan - Utusan Malaysia

De Bruyne buktikan bebas kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mei – Kevin De Bruyne seakan membuktikan dirinya bebas daripada dibelenggu kecederaan elepas menjaringkan gol ketiga daripada enam ketika mengatasi Watford dalam final Piala FA di Wembley, hari ini.

Pemain kebangsaan Belgium itu mengalami kecederaan lutut yang kedua ketika City meraih kemenangan 1-0 ke atas Tottenham 20 April lal, namun kini dilihat sudah sedia untuk mengharungi musim akan datang.

“Bermain dalam perlawanan hari ini merupakan satu kebanggaan. Setelah mengalami kecederaan ketika berdepan Tottenham, saya seperti sudah berputus asa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lima kecederaan dalam tempoh setahun sangat banyak. Tetapi saya berjaya pulih dan menyertai semula pasukan sehingga membantu mereka memenangi gelaran dalam aksi terakhir musim ini.

“Saya berasa seperti diberkati dan berjaya menunjukkan kepada semua bahawa saya masih lagi mampu menampilkan kualiti yang sama,” ujar kata De Bruyne.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini