Malaysia tewas kepada China - Utusan Malaysia

Malaysia tewas kepada China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Skuad badminton negara gagal meraih sebarang mata dalam aksi pembukaan Kumpulan 1D kejohanan Piala Sudirman selepas tewas 0-5 kepada China di Nanning, hari ini.

Dalam aksi pertama kejohanan itu, pasangan beregu lelaki, Aaron Chia -Soh Wooi Yik menarik permainan hingga ke set penentuan sebelum tunduk 21-18, 14-21, 22-24 kepada juara dunia, Li Junhui-Liu Yuchen.

Peluang negara untuk menyamakan kedudukan menerusi perseorangan wanita, Soniia Cheah tidak kesampaian selepas dia tewas 15-21, 23-21, 14-21.

Memuatkan artikel berkaitan…

China yang juga pilihan utama kejohanan selain juara 10 kali meraih mata ketiga menerusi naib juara dunia, Shi Yuqi yang mudah mengetepikan cabaran Lee Zii Jia 21-12, 21-11.

Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen tidak mampu menyumbang mata kepada negara selepas tewas kepada gandingan No.8 dunia, Du Yue-Li Yunhui 18-21, 14-21.

Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga tidak berjaya meraih mata selepas tewas 16-21, 12-21 kepada juara dunia yang juga gandingan No.1 dunia, Huang Yaqiong-Zheng Siwei.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini