Ugut: Pengerusi DAP Jerantut ditahan - Utusan Malaysia

Ugut: Pengerusi DAP Jerantut ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 Mei – Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, Why Leong ditahan pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Selepas diambil keterangan, dia (Why Leong) dibebaskan dengan jaminan polis. Telefon bimbitnya turut dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, laporan polis dibuat Mazlan pada Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp.

Mesej berbaur ugutan itu dipercayai susulan tindakan sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Jerantut yang menjalankan operasi membanteras penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.

Tindakan penguatkuasaan itu dipercayai menimbulkan bantahan beberapa pihak yang tidak senang dengan tindakan itu.

Isu berkenaan turut tular dalam media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini