Restoran Ali Maju serah sumbangan kepada 1,750 asnaf - Utusan Malaysia

Restoran Ali Maju serah sumbangan kepada 1,750 asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Restoran Ali Maju Sdn. Bhd. menyerahkan sumbangan Bantuan Hari Raya 2019 sebanyak RM350,000 kepada 1,750 asnaf dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai, Setapak di sini, hari ini.

Pengerusi Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, seramai 51 penyumbang terdiri daripada individu dan syarikat menghulurkan bantuan yang diagihkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan orang kurang upaya tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sejak empat tahun lalu, pihak kami juga telah menyediakan sebanyak 1,000 unit barangan untuk disumbangkan kepada asnaf-asnaf sekitar Lembah Klang terutamanya Parlimen Setiawangsa dan Wangsa Maju,” katanya kepada pemberita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawahar Ali yang juga Pengarah Urusan Ali Maju Sdn. Bhd. berkata, pihaknya juga turut mengundang lebih 6,000 penduduk setempat untuk hadir ke majlis ini dan berbuka puasa bersama-sama.

JAWAHAR ALI bersama Khalid dan pelajar Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah ketika majlis penyerahan sebu
JAWAHAR ALI bersama Khalid dan pelajar Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah ketika majlis penyerahan sebuah van jenazah sumbangan daripada Pengarah Urusan, Mahamas Medic Servis Sdn. Bhd., Dr. Abdul Saleem Said Mohamad yang ditempatkan di Surau Al-Ansar, Setapak Kuala Lumpur bagi kegunaan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan secara percuma. – UTUSAN ONLINE/ AZLAN HADI ABU BAKAR

Dalam masa sama beliau berkata, pihaknya turut menerima sebuah van jenazah sumbangan daripada Pengarah Urusan, Mahamas Medic Servis Sdn. Bhd., Dr. Abdul Saleem Said Mohamad yang ditempatkan di Surau Al-Ansar di sini bagi kegunaan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan secara percuma.

Majlis perasmian program disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini