Adik Marquez, Alex memenangi perlumbaan Moto2 di Le Mans - Utusan Malaysia

Adik Marquez, Alex memenangi perlumbaan Moto2 di Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE MANS, Perancis 19 Mei – Pelumba Sepanyol, Alex Marquez yang merupakan adik kepada juara dunia MotoGP, Marc Marquez, memenangi perlumbaan bagi kelas Moto2 pada Grand Prix Motosikal Perancis di Litar Bugatti, Le Mans, hari ini.

Kemenangan tersebut adalah kejayaan pertama pelumba itu sejak 2017.

Penunggang Kalex itu mengatasi dua rakan senegaranya, Jorge Navarro dan Augusto Fernandez, manakala pendahulu kejuaraan Moto2, Lorenzo Baldassarri dari Itali gagal menamatkan perlumbaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Agak lama saya menanti kemenangan ini, saya sangat gembira. Ia bagus untuk persaingan dalam kejuaraan dunia juga,” kata Marquez yang kini berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan 61 mata, manakala pendahulu Baldassarri mengumpul 75 mata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini