Rangka kertas persefahaman antara UMNO, Pas - Utusan Malaysia

Rangka kertas persefahaman antara UMNO, Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Jawatankuasa teknikal sedang merangka satu kertas persefahaman bagi memperincikan bentuk kerjasama yang bersifat komprehensif antara UMNO dan Pas.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kertas persefahaman itu turut menyentuh beberapa perkara penting membabitkan kerjasama kedua-dua pihak termasuk piagam parti, soal calon bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU-15) serta kaedah menghadapi pilihan raya.

Kata beliau, bagaimanapun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan membabitkan semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat perundingan yang diadakan jawatankuasa teknikal, kita tiada masalah langsung (penentuan calon PRU-15) tetapi kita tidak mahu perkara itu didahulukan kerana kerjasama UMNO-Pas masih di peringkat permulaan.

“Sedangkan untuk berdepan dengan situasi itu (PRU-15), kita perlu satu gabungan yang lebih besar melibatkan banyak pihak. Jika pada peringkat ini sudah mula cakap soal (pembahagian) kerusi tidak kena pada masanya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri termasuk pegawai tinggi dalam UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini