600 rakyat serbu pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi raikan Ramadan - Utusan Malaysia

600 rakyat serbu pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi raikan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Kira-kira 600 orang penduduk Langkawi sanggup berbaris hampir satu jam untuk mendapatkan nasi beriani di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Kuah petang ini.

Penyerahan makanan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya bermula kira-kira-kira pukul 4.30 petang ini dan selesai sehingga pukul 6.00 petang. 

“Alhamdulillah, kehadiran rakyat ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi hari ini amat menggalakkan sambutannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syukur kita dapat mengadakan program seperti ini terutamanya di bulan Ramadan yang penuh berkat,” kata Abu Bakar di sini hari ini. 

Terdahulu, Abu Bakar turut meluangkan masa melawat empat masjid di sekitar Langkawi antaranya Masjid Cendekura, Masjid Kumpulan, Masjid Bohor Merah dan Masjid Pulau Tuba bagi menegenalpasti keperluan untuk jemaah di kawasan masing-masing.

Turut hadir wakil peribadi Ahli Parlimen Langkawi, Shukor Bahari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini