Mata kail tersangkut di tangan kiri - Utusan Malaysia

Mata kail tersangkut di tangan kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangan kirinya tercucuk mata kail di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Raja Arisansahseni Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.30 petang oleh pihak Hospital Tumpat.

Menurutnya, sejurus mendapat panggilan kecemasan seramai empat anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke Hospital Tumpat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mengambil masa selama 15 minit untuk memotong mata kail dengan menggunakan ‘Ring’ dan ‘Disc Cutter’.

“Sebaik sahaja selesai mangsa telah dirujuk untuk proses pembedahan oleh pihak hospital untuk menggeluarkan baki mata kail yang masih terdapat ditangan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini