Tiada keperluan subjek kenali agama lain - Utusan Malaysia

Tiada keperluan subjek kenali agama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Sistem pendidikan negara yang masih mengekalkan sekolah vernakular yang menjurus kepada satu kaum membuatkan belum tiba masanya subjek mengenali agama lain diperkenalkan di peringkat sekolah dan universiti.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan malah melihat tiada keperluan mendesak untuk melaksanakan subjek baharu itu kerana apa yang penting kurikulum pendidikan sudah pun mempunyai subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Jelas beliau, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah pun memasukkan elemen mengenali dan menghormati agama lain yang bukan bersifat doktrinisasi dan penyebaran agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara itu bertepatan dengan apa telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada penganut Islam.

“Selain itu, iGuru juga berpandangan subjek Pendidikan Islam boleh menerapkan intipati konsep fiqh ayush iaitu kebersamaan atau bergaul dengan komuniti bukan Islam menurut al-Quran dan as-sunnah terutama di peringkat menengah atas” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. &

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha selepas menghadiri bengkel perbincangan meja bulat belia mengenai hal ehwal antara penganut agama, semalam dilaporkan mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti.

Pengenalan subjek baharu itu adalah untuk meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama dalam negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini