Program Sahur Tahfiz@Zon 21 ceriakan pelajar tahfiz - Utusan Malaysia

Program Sahur Tahfiz@Zon 21 ceriakan pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR 19 Mei- Seramai 65 pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Fatah, Jalan Orkid, Kelab Golf Bukit Beruntung dan Maahad Tahfiz Al-Quran Ar Rahmaniah, Prima Beruntung diraikan dalam program Sahur Tahfiz@Zon 21 di Restoran Salam 1 Café, Bukit Beruntung di sini, kelmarin.

Program anjuran Ahli Majlis Zon 21 itu turut dijayakan dengan kerjasama dan sokongan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Pejabat Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batang Kali.

Ahli Majlis Zon 21, Khairul Azhari Saut berkata, majlis tersebut merupakan salah satu daripada siri program mengimarahkan Ramadan yang dianjurkan sepanjang tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada program ini kita memilih untuk mendekati dan menyantuni pelajar-pelajar tahfiz untuk bersahur dan menyampaikan sumbangan.
“Inisiatif ini juga diaturkan bagi membolehkan mendekati dan peduli dengan masyarakat sekitar Zon 21,” katanya.

Pada majlis tersebut Khairul Azhari turut menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua tahfiz serta para pelajar terlibat.

Maahad Tahfiz Al-Fatah diwakili mudirnya, Ustaz Lutfi Muhsin manakala Maahad Tahfiz Al-Quran Ar Rahmaniah diwakili oleh Ustaz Kamali.

Yang turut hadir pada program itu Ketua Polis Balai Bukit Sentosa, ASP Suhaimi Aripin dan Hassan Debab mewakili pejabat ADUN Batang Kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini