MELBOURNE 19 Mei- Perdana Menteri Australia, Scott Morrison diisytihar menang pilihan raya umum negara itu selepas parti gabungan nasional mengesahkan kemenangan mengejut mengalahkan pembangkang.
Morrison yang dalam kempennya berjanji untuk mengurangkan cukai dan mengukuhkan ekonomi Australia mengesahkan kemenangannya selepas Ketua Parti Buruh, Bill Shorten mengaku kalah Sabtu lalu.
“Saya sentiasa percaya pada keajaiban dan malam ini, kami terima satu lagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
‘”Malam ini bukan tentang saya mahupun parti tetapi tentang setiap warga negara ini yang bergantung kepada kerajaan untuk kebajikan mereka,” katanya di hadapan ribuan penyokong di Sydney.-AGENSI











