Polri beri amaran serangan pengganas - Utusan Malaysia

Polri beri amaran serangan pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 19 Mei – Polis Republik Indonesia (Polri) memberi amaran mengenai terdapat risiko serangan keganasan pada 22 Mei ini dan ia tidak dikaitkan dengan politik.

Perkara itu disampaikan oleh Ketua Biro Penerangan Awam, Divisyen Perhubungan Awam Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo susulan penahan sejumlah suspek yang didakwa cuba merancang plot serangan keganasan.

“Andaian serta amaran itu disertakan dengan bukti menerusi pengakuan suspek dan penemuan bahan membuat bom yang ditemukan di rumah-rumah suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika peringatan itu tidak disertakan bukti, boleh jadi ia adalah maklumat palsu, namun polis tidak menganggap risiko tersebut sebagai hal ringan,” katanya seperti yang dilaporkan Detik News.

Jelas Dedi, amaran mengenai serangan pengganas perlu dimaklumkan segera kepada rakyat supaya mereka sentiasa berwaspada, namun tidak perlu panik kerana polis bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan sebelum 22 Mei ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini