Aran Saudi elak perang dengan Iran - Utusan Malaysia

Aran Saudi elak perang dengan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 19 Mei – Arab Saudi bertungkus-lumus untuk memastikan tiada peperangan berlaku di negara ini namun tetap bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang ancaman.

Dalam satu sidang akhbar, Menteri Hal Ehwal Luarnya, Adel al-Jubeir menuduh Iran ‘melakukan banyak jenayah’ termasuk cubaan untuk memecah belahkan negara ini.

Sehubungan itu, Adel menggesa supaya komuniti antarabangsa mengambil tanggungjawab untuk menghalang Iran daripada melakukan ‘lebih banyak jenayah’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keselamatan dan agama kami adalah perkara terpenting yang akan diutamakan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Arab News.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menempatkan sejumlah anggota tenteranya di kawasan perairan di Teluk Arab dan di beberapa negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Arab News yang memetik laporan akhbar tempatan melaporkan, ‘permintaan’ Washington itu mendapat kelulusan daripada beberapa negara GCC termasuk Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini