Gerakan, DAP, MCA tidak wajar kecam Maszlee - Utusan Malaysia

Gerakan, DAP, MCA tidak wajar kecam Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Parti DAP, Gerakan dan MCA tidak wajar menuntut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memohon maaf atau menyifatkannya sebagai perkauman hanya kerana mempertahankan kuota matrikulasi.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini kerana Dr. Maszlee mempunyai asas dan kajian yang mendalam berhubung perkara berkenaan.

Sehubungan itu, katanya yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Pendidikan itu tidak perlu memohon maaf kepada parti-parti politik berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa, Dr. Maszlee tidak perlu mohon maaf pun.Sebagai menteri, mesti dia tahu apa yang terjadi.

“Dalam kementeriannya, sudah pasti apabila dia hendak keluarkan kenyataan itu, dia sudah ada data untuk menyokong fakta yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kasih Ramadan di Madrasah Rajaiyah di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Maszlee di hadapan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini mengenai isu kuota matrikulasi bukan bumiputera dan keperluan fasih berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan.

Kedua-dua perkara itu katanya, tidak boleh dilihat secara terpisah.

Jelas Maszlee, dalam hal ini, adalah tidak adil sekiranya kuota matrikulasi untuk bukan bumiputera dilonggarkan tetapi pada masa yang sama para majikan masih menetapkan syarat perlu fasih berbahasa Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini