PMBK usaha naikkan kembali nama Bazar Tok Guru - Utusan Malaysia

PMBK usaha naikkan kembali nama Bazar Tok Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 Mei – Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berusaha menaikkan semula nama Bazar Tok Guru di sini sebagai pusat beli-belah untuk orang ramai dan bukan hanya kepada golongan pemborong sahaja.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Korporat Kumpulan PMBK, Zamakshari Muhammad berkata, bazar tiga tingkat ini pernah popular kepada masyarakat dalam dan luar negeri imi semasa tahun-tahun awal pembukaan tetapi kemudiannya semakin malap akibat kurang promosi.

Zamakhshari berkata, pihaknya sejak awal tahun lalu telah memulakan gerakan mempromosikan semula Bazar Tok Guru termasuk mengadakan acara bulanan secara tetap serta kempen melalui media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dahulu sekitar tahun 2011 nama bazar ini melonjak naik tetapi sejak 2013 sehingga kini namanya tenggelam berbanding pasar popular lain di negeri Kelantan.

“Kebanyakan orang beranggapan ia hanya tempat untuk pemborong mendapatkan barang jualan daripada pembekal sekali gus menyebabkan bilangan pengunjung semakin berkurangan.

“Kita ada 343 lot di bahagian bawah bazar dan kira-kira 70 peratus adalah pembekal kepada pemborong di seluruh negeri ini termasuk di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di program Karnival Gegar Raya 2019 di Bazar Tok Guru di sini hari ini.

Zamakhshari berkata, bazar ini sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri berikutan kedudukannya sebagai pusat pembekal pakaian terbesar di negeri ini.

“Kebanyakan pakaian dan tekstil yang dijual di pasar sekitar negeri ini termasuk Gua Musang diambil dari Bazar Tok Guru. Oleh sebab itu, peniaga di sini dapat menawarkan harga yang lebih murah untuk dijual kepada pengunjung,”katanya.

Yusri Yaakub,
Yusri Yaakub, 

Sementara itu, Pengarah Karnival Gegar Raya 2019, Yusri Yaakub, berkata, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang karnival itu yang bermula hari ini hingga 4 Jun yang akan berlangsung di tingkat tiga bazar tersebut.

Antaranya adalah cabaran ‘Beyblade’, persembahan dikir barat, pertandingan kraf, pertandingan kraf, pertandingan bayi comel, pertandingan menganyam ketupat, pasar buku, pertandingan muazzin dan hafiz muda, majlis khatam al Quran serta cabaran dart.

“Di samping sebagai tarikan kepada pengunjung datang membeli belah, acara yang kita anjurkan ini juga adalah alternatif kepada kanak-kanak dan anak muda supaya tidak terlalu taksub bermain gajet,” katanya.

Beliau berkata, untuk sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman facebook Bazar Tok Guru. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini