Cubaan seludup 50 ekor ikan flower horn gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 50 ekor ikan flower horn gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Mei – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 50 ekor ikan flower horn dianggarkan bernilai RM1,200 dari Thailand, semalam.

Menurut MAQIS, kejayaan itu hasil kerjasama strategik dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Jelasnya, rampasan dibuat di laluan motosikal Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ikan flower horn daripada sepsies Genus Cichlasoma merupakan satu daripada 16 spesies yang dilarang import ke Malaysia.

“Keunikan ikan flower horn itumenyebabkannya mendapat permintaan tinggi di kalangan peminat ikan hiasan di negara ini.

“Ikan flower horn jenis ini bersifat lasak termasuk ‘mengadaptasi’ di kawasan dilanda banjir, mudah membiak dan mempunyai tabiat makan yang aktif.

“Spesies ini boleh mengganggu ekosistem sekiranya ikan flower horn tersebut dibuang ke sungai, “ jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut MAQIS lagi, perbuatan mengimport ikan terbabit tanpa mempunyai permit yang sah merupakan kesalahan di bawah seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, jelasnya.

 

“Akta 728 ini digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit ikan terkawal atau dicegah sebelum mengancam industri pertanian negara.

“MAQIS sentiasa bersiapsiga bagi memastikan tiada sebarang kemasukan ikan larangan yang tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah ke dalam negara,” jelasnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini