Tchetche ceriakan penyokong Penyu - Utusan Malaysia

Tchetche ceriakan penyokong Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pada ketika Terengganu FC sedang berduka ekoran peletakan jawatan Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim secara mengejut, kejayaan Kipre Tchetche dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Malaysia bagi bulan April memberi keceriaan buat penyokong Penyu.

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu dinobat sebagai pemenang selepas mengumpul 5,348 undian, umum Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini.

Tchetche, 31, yang meledak tujuh gol dalam tujuh perlawanan terakhir bersama Terengganu FC (semua perlawanan) mengetepikan pemain tengah Selangor, Sandro da Silva (3,621); penyerang Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid (2,906); pemain tengah Pahang, Herold Goulon (2,334) dan penyerang veteran Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin (433).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung pengganti Irfan Bakti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, buat masa ini pihak pengurusan masih dalam tempoh bertenang dan menyerahkan mandat kepada Penolong Ketua Jurulatih, Mohamad Nafuzi Zain untuk menggalas tugas-tugas itu buat sementara waktu.

“Kita tenang-tenang dulu, belum dibincangkan apa-apa pun lagi, tempoh bertenang,” katanya ringkas menerusi kiriman aplikasi WhatsApp di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini