UMT agih makanan percuma kepada pelajar sepanjang PKPB - Utusan Malaysia

UMT agih makanan percuma kepada pelajar sepanjang PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMASTIKAN pelajar tidak terputus makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), membangunkan Act of Kindness (AOK) dan Gerobok Rezeki MUTIARA (GR).

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, inisiatif itu dibangunkan sukarelawan dalam kalangan pelajar.

Katanya, ia menyediakan makanan ringan seperti roti bakar dan nasi goreng yang boleh dinikmati pelajar di kolej kediaman sepanjang perintah kawalan.

“Kami menggunakan pendekatan pay as you like. Pelajar boleh mengambil makanan secara percuma, bayar ikut harga ditetapkan atau boleh juga bayar lebih dengan niat menyumbang,” katanya.

Dalam tempoh kawalan pergerakan, seramai 531 pelajar terus kekal di kampus dan luar kampus bagi memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Jumlah itu turut melibatkan 182 pelajar Asasi STEM, pelajar Diploma Perikanan dan pelajar antarabangsa manakala 349 pelajar berada sekitar UMT.

Pelajar turut diminta membawa bekas makanan sendiri bagi menggalakkan mereka menjaga kelestarian alam.

AOK-GR CORNER beroperasi dari 5 petang hingga 12 tengah malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×