Warna baharu CB250R, CRF250 Rally lebih ranggi - Utusan Malaysia

Warna baharu CB250R, CRF250 Rally lebih ranggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan warna baharu bagi dua model keluarannya iaitu CB250R dan CRF250 Rally.

Dalam satu kenyataan, pengeluar motosikal jenama Honda itu memaklumkan, CB250R didatangkan dengan warna menarik Mat Crypton Silver Metallic manakala CRF250 Rally sama dengan model Dakar Rally CRF450 Rally.

Warna-warna lain bagi CB250R yang berkonsepkan Neo Sports Cafe ialah Candy Chromosphere Red dan Graphic Black.

Memuatkan artikel berkaitan…

Harga CB250R yang ditawarkan ialah RM23,499 bagi Candy Chromsphere Red manakala Graphite Black dan Mat Crypton Silver Metallic RM22,999.

Bagi CRF250 Rally terdapat dua variasi warna iaitu Extreme Red dan Black dengan harga jualan RM26,999.

Kesemua harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Boon Siew Honda menawarkan waranti pengeluaran selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana dahulu.

Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua model boleh hubungi 1800-88-3993 dari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum atau layari www.boonsiewhonda.com.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini