Mahasiswa UTM dinobat Tokoh Siswa - Utusan Malaysia

Mahasiswa UTM dinobat Tokoh Siswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

seorang mahasiswa yang mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhamad Syafik Rahmat berjaya merangkul Anugerah Menteri Pendidikan yang membawa gelaran Tokoh Siswa Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2018 (ATS).

Dia tidak pernah terfikir akan menerima anugerah itu memandangkan penyertaan yang begitu ramai selain perlu bersaing dengan pencapaian hebat mahasiswa dan perwakilan dari semua universiti lain seluruh negara. Ini membuatkannya tidak menaruh harapan tinggi untuk menang anugerah tersebut.

Mahasiswa jurusan Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer) itu memulakan

Memuatkan artikel berkaitan…
MUHAMAD SYAFIK RAHMAT
MUHAMAD SYAFIK RAHMAT 

langkah pertamanya dengan menyer­tai program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di UTM pada 2013. Dari situ, dia me­ngorak langkah satu persatu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa dan perwakilan pelajar dengan cemerlang.

Menceritakan lebih lanjut mengenai dirinya, dia me­rupakan pelajar Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai English College di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di UTM.

“Pendedahan saya terhadap UTM oleh guru–guru, rakan sebaya dan saudara mara di peringkat usia remaja. Ini antara faktor membuatkan saya bercita-cita menjadi mahasiswa di universiti awam ini. Selain itu, beberapa guru dan saudara-mara yang menjadi alumni UTM menyatakan universiti ini merupakan universiti kejuruteraan dan teknikal terbaik di Malaysia.

“Bukan sahaja terbaik di Malaysia, malah merupakan antara universiti terbaik di Asia. Ternyata UTM mempunyai kelengkapan terkini yang banyak membantu dalam proses pembelajaran mahasiswa. Saya sebagai anak jati Johor melihat UTM sebagai universiti terulung khususnya di Johor dengan penawaran program yang pelbagai dan menarik,” katanya.

Muhamad Syafik kemudiannya mengikuti program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) dari 2013 sehingga 2015 berikutan minat dalam bidang sains dan komputer yang disifatkannya terkehadapan berbanding bidang lain.

Menurutnya, sains komputer merupakan satu bidang yang sentiasa berubah dari segi teknologinya dalam tempoh enam sehingga 12 bulan.

“Ia merupakan bidang yang tidak dapat dijangka. Namun pelajar didedahkan dengan ilmu asas yang kukuh dalam bidang tersebut agar mampu diadaptasikan pada bila–bila masa dan situasi.

“Tambahan pula ilmu yang dipelajari di peringkat diploma banyak membantu dalam persediaan pem­belajaran ketika di peringkat ijazah sarjana muda. Ia memberi impak yang besar dalam pengukuhan penge­tahuan dalam bidang tersebut,” ujarnya.

Mengenai penyediaan fasiliti dan bahan pembelajaran di UTM khususnya di peringkat diploma, dia berkata, pembelajaran di universiti itu begitu menarik dan sempurna dengan penyediaan kelengkapan bertaraf dunia dan kondusif sekali gus memberikan impak yang tinggi dalam proses pembelajaran.

“Dengan penyediaan jalur lebar yang meluas dan makmal sains serta komputer yang canggih, itu sudah cukup memberi kepuasan kepada mahasiswa untuk mengikuti pengajian yang selesa,” katanya.

Ditanya mengenai kualiti pensyarah yang terdapat di UTM, dia secara spontan menyebut perkataan superb. Ini kerana pensyarahnya amat komited dalam tugasan yang dilaksanakan dan amat berpengetahuan tinggi dalam bidang masing-masing.

Jelasnya, menerusi pe­ngalaman yang dimiliki, pensyarah UTM mampu memberikan input tinggi kepada penuntut membuatkan sesi kuliah dilalui begitu menarik, malah terdapat beberapa pensyarah UTM menjadi role model atau sumber rujukan pensyarah-pensyarah luar sama ada dalam mahu pun luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini