PWB komited galak wanita jadi usahawan - Utusan Malaysia

PWB komited galak wanita jadi usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 17 Mei – Pusat Wanita Berdaya (PWB) komited untuk menjayakan agenda mewujudkan aktiviti berfaedah bagi golongan hawa di negeri ini.

Pegawai Penyelaras PWB Selangor, Nurul Imma Mansor berkata, sebagai sebuah badan yang ditubuhkan atas dasar menggalakkan wanita bergiat aktif dalam komuniti, pihaknya mengadakan pelbagai program termasuk bengkel bagi menambah ilmu keusahawanan, kemahiran dan gubahan kreatif.

“PWB juga menumpukan program berilmu dikenali sebagai Program Berkapasiti di mana golongan wanita didedahkan kepada pelbagai ilmu pengurusan kewangan, kesihatan dan kebajikan keluarga juga hak-hak wanita dalam perundangan.” katanya dalam majlis Karnival 3W di sini, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud; Penyelia PWB Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Noranita Mat dan PWB DUN Sungai Pelek, S. Gomathi.

Karnival tersebut merupakan siri kelima dianjurkan yang mana sebelum ini diadakan di Ampang Jaya, Petaling Jaya, Klang dan Morib.

PWB sebelum ini dikenali sebagai Pusat Komuniti Wanita dan ditubuhkan sejak 2009 untuk memberdayakan wanita setempat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta ekonomi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini