Polis Indonesia tahan puluhan suspek pengganas - Utusan Malaysia

Polis Indonesia tahan puluhan suspek pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Mei – Pasukan polis Indonesia sudah menahan puluhan suspek yang dikaitkan dengan kegiatan Daesh termasuk pihak yang merancang untuk meletupkan bom ketika demonstrasi politik selepas keputusan pilihan raya umum diumumkan pada minggu depan.

Kira-kira 29 suspek ditahan pada bulan ini, manakala sebanyak 60 orang lagi ditahan sejak awal tahun ini menerusi beberapa serbuan di seluruh negara.

Antara yang ditahan termasuk anggota kumpulan pengganas Jaringan Ansharut Daulah (JAD). – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini