NAIROBI 17 Mei – Bencana banjir yang melanda Tanzania menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan memaksa kira-kira 2,500 penduduk meninggalkan rumah masing-masing.
Hujan lebat yang melanda selatan negara ini sejak seminggu lalu mencetuskan banjir dan menyebabkan banyak sekolah di daerah Kyela ditutup.
Selain itu, kawasan pertanian juga terjejas menyebabkan produktiviti makanan seperti beras menyusut. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











