Polis tumpaskan Kumpulan Gedegang - Utusan Malaysia

Polis tumpaskan Kumpulan Gedegang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Empat suspek pecah mesin menjual air tin minuman layan diri atau dikenali sebagai Kumpulan Gedegang berjaya ditangkap polis, di antara 30 April hingga 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, hasil siasatan mendapati 2 daripada 4 suspek terbabit mempunyai kes jenayah lampau dan masih dikehendaki pihak berkuasa.

Shadfa’aton menjelaskan, tangkapan dibuat menerusi serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menyaksikan dua lelaki diberkas di Cheras manakala selebihnya ditangkap di Rawang dan Sungai Buloh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 23 hingga 29 tahun, penjenayah terbabit juga menggunakan peralatan khas termasuk gerudi serta mengangkut mesin air tersebut dengan menggunakan lori yang disewa.

Pihak berkuasa juga turut merampas enam unit mesin air tin itu di lima lokasi berbeza termasuk sebuah kereta jenis Proton Satria serta mesin gerudi dan pemutar skru,” katanya pada sidang media di IPD Sungai Buloh, hari ini.

Shafa’aton menambah, kumpulan tersebut dipercayai bergiat aktif sejak November tahun lalu, kesemua suspek juga mengaku terlibat dalam 10 kes pecah dobi serta kecurian mesin air tin di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

“Kesemua barang yang dicuri dipercayai telah dijual di dalam Facebook kepada pelanggan mereka yang berada di Selangor, Melaka dan Perak pada harga RM3,000 hingga RM4,000 mengikut saiz dan jenis mesin tersebut.

“Kesemua suspek masih berada dalam tahanan reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini