Idea mansuh matrikulasi sudah diketengahkan zaman BN - Utusan Malaysia

Idea mansuh matrikulasi sudah diketengahkan zaman BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Idea untuk memansuhkan matrikulasi dan mengekalkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya saluran untuk ke universiti awam telah diketengahkan Gerakan sewaktu zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, idea itu tidak diterima oleh parti pemerintah pada waktu itu.

Katanya, pihaknya sebagai rakan sekutu dalam BN pada waktu itu terpaksa akur dengan keputusan berkenaan yang dibuat secara kolektif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang kita teguh dengan pendirian kita iaitu hendakkan satu peperiksaan sahaja iaitu STPM untuk memasuki universiti awam.

“Semasa kita dalam BN, memang kita ada beri idea untuk adakan satu peperiksaan di negara kita sahaja. tetapi, idea itu tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin BN pada masa itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid kelmarin mengenai pemimpin Gerakan sewaktu dalam BN tidak pernah mempertikaikan program matrikulasi sekiranya menyifatkan program itu amalan diskriminasi kepada pelajar bukan bumiputera.

Malah, Mahdzir menganggap gesaan Dominic supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan program matrikulasi adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan cubaan meraih politik murahan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini