PTPTN: Zalimi anak muda - Utusan Malaysia

PTPTN: Zalimi anak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mahu memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman tabung itu disifatkan sebagai tindakan menzalimi anak muda.

Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan berkata, ini kerana cadangan itu akan memburukkan lagi keadaan anak-anak muda yang semakin terhimpit dan tertekan dengan dasar-dasar tidak munasabah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Berdasarkan Buku PH melalui 10 janji 100 hari mereka, janji ke-6 adalah khusus untuk anak-anak muda peminjam PTPTN dan janji tersebut berbunyi ‘menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemimpin-pemimpin muda PH, termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman telah berjanji dalam buku itu juga melalui Iltizam Khusus Anak Muda iaitu ‘memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma’ dengan ‘menjamin

pendidikan awam percuma yang lebih baik di setiap peringkat, bermula di pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan juga pendidikan tinggi’.

“Sehubungan itu, Ikatan menganggap kedua-dua janji tersebut hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan dilaksanakan oleh PH,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini