17 GRO warga Vietnam ditahan - Utusan Malaysia

17 GRO warga Vietnam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seramai 17 wanita warga Vietnam yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Mustafa Al-Bakri di sini semalam.

Semua mereka berusia antara 18 hingga 38 tahun ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Perak yang dijalankan bermula pada pukul 9 malam.

Dua lelaki tempatan yang merupakan majikan dan pekerja penjaga GRO tersebut turut ditahan di premis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Imgresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan mendapati wanita yang ditahan itu telah tinggal di negara ini melebihi masa selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Dalam serbuan itu, kita turut menjumpai dokumen perjalanan milik tiga wanita ditahan yang mempunyai cop lawatan sosial meragukan dan dilihat palsu.

“Ada juga antara mereka yang cuba melarikan diri dengan bersembunyi di bawah meja dan ruangan dalam sofa namun usaha mereka gagal,” katanya.

Katanya, semua tangkapan dibawa balik ke pejabat Jabatan Imigresen Perak untuk diambil keterangan lanjut.

“Kita juga percaya ada sindiket yang menjadi dalang kepada cop palsu berkenaa dan siasatan lanjut akan dibuat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini