Pengurus syarikat didakwa guna cek palsu - Utusan Malaysia

Pengurus syarikat didakwa guna cek palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Seorang pengurus syarikat swasta didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan cek palsu antara April dan Jun tahun lalu.

Tertuduh, Fauziah Hussain, 40, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan dihadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan, tertuduh didakwa telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu cek CIMB Islamic milik MEQ Million yang mempunyai tandatangan milik rakannya Faizatul Hasanah Hussain, 39, yang diketahui sebagai dokumen palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di Syarikat MEQ Million Sdn. Bhd., No. 6C, Pusat Komersial, Ara Ampang dekat sini antara 27 April hingga 28 Jun tahun lalu.

Kesemua pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 468 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini