Pengurusan masjid pelawa sesiapa boleh habiskan 20 dulang nasi Arab - Utusan Malaysia

Pengurusan masjid pelawa sesiapa boleh habiskan 20 dulang nasi Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Orang ramai dialu-alu untuk menikmati juadah berbuka puasa iaitu 20 dulang nasi Arab yang diinfaq di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, sepanjang Ramadan ini.

Pihak pengurusan masjid yang dikenali sebagai Al-Amin berkata, pihaknya mengajak orang ramai yang sudi berbuka di masjid berkenaan bagi mengelak pembaziran kerana nasi Arab yang disediakan mencukupi bagi 90 orang.

“Kami berharap ada yang datang secara berkumpulan untuk berbuka bersama kerana semalam sahaja nasi Arab berlebihan 11 dulang semasa berbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan itu, kami terpaksa pula mengagihkannya selepas solat terawih,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihaknya juga mempelawa rumah anak-anak yatim dan fakir miskin untuk menyertai bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan tarikh berbuka puasa di masjid tersebut dan bilangan yang akan hadir boleh terus hubungi Al-Amin di talian 019-2739394. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini